Tuesday, 22 March 2016

Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari Sudut Pendidikan



Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islam golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di Istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab - kitab. Golongan pemerintah dan pembesar pembesar berperanan penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulama - ulama Melayu yang menjadi pegawai - pegawai pemerintah, guru - guru dan ahli agama.
      
      Antara tokoh - tokoh melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah dan Sheikh Wan Hasan Wan Ishak. Tokoh - tokoh ini telah banyak menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu. Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi dengan memperkenalkan ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul serta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang sihat. Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem pendidikan. Di Melaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu tempat - tempat lain yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah rumah - rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu Usuluddin, Fiqh dan Tasawwuf.  Kitab-kitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah AI-Oar Al-Manzum oleh Abu Ishak AI-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh Al-Ghazali dan Minhaj Al-Talibin oleh Al-Nawawi.

Di Melaka sendiri, Sultan yang pertama bermula dari Megat Iskandar Shah (1414M) sehingga sultan - sultan terakhir sebelum 1511M, begitu mengambil berat tentang perkembangan pendidikan. Pengajian Islam tidak sahaja berlaku di rumah - rumah, masjid - masjid dan surau - surau, bahkan juga di istana Sultan. Ulama - ulama asing yang datang ke Melaka sejak awal hingga zaman kejatuhannya seperti Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menus, Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal aI-Din dan lainlain bukan sahaja dijadikan sebagai seorang guru bahkan diberi kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial di Melaka, setaraf dengan pembesar dan pentadbir. 



Bahasa dan Kesusasteraan



Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-14 kedudukan Agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan Agama Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu.
Pada era kerajaan Melayu, Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa Lingua Franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M). Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa, perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat memainkan peranan yang penting apabila digunakan untuk menulis kitab - kitab agama, hikayat - hikayat, undang-undang dan pentadbiran. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai alat penyebaran dan penyampaian Agama Islam di seluruh Alam Melayu.

Tulisan jawi telah digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan Islam. Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar penyebaran, penyampaian dan persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa Melayu dan juga peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran Agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Agama Islam telah menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan terbesar Islam kepada masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakan
aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa ajaran Islam daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya dalam bahasa Arab berlaku dalam gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh pendakwah - pendakwah dari negara Arab, India dan China. Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Kedatangan Islam mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan diguna pakai dalam bahasa Melayu. Kedatangan Agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi  Muhammad S.A.W Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri. Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa Melayu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasa Arab. 

Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalam kitab serta karya sastera semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain - lain. Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa perubahan dari sudut akidah, ia juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukan sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah turut mengalami perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera itu sendiri. Para sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu tasawwut ilmu kalam, falsafah dan sebagainya. Pelbagai hasil kesusasteraan telah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam itu sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.







No comments:

Post a Comment